NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan pada 14 Mei 1948.
Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri.
Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin. Rakyat Palestin masih terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini. Sejak Disember 2009, kita menyaksikan 3 pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza.
Tebing Barat dikuasai tentera Zionis yang melaksanakan sistem pemerintahan apartheid versi Israel. Masjid al-Aqsa dicemari dan diceroboh hampir setiap hari. Gaza terus dikepung. Pelarian Palestin pula masih dinafikan hak untuk pulang ke kampung halaman.
Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin.
Penubuhan sebuah negara haram untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya.
Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.
Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
#CGMKongsi
13 ulasan:
Allahuakbar....
semoga Allah membantu saudara kita di Palestin...
linda hanya mempu berdoa untuk mereka...
sedih memikirkan sejarah Palestine...
hanya mampu mendoakan utk palestine..rasa helples sgt2 :( apalah daya kita sbg rakyat negara kecik..
sedih betul dgn kekejamnan yg yahudi buat.. moga Allah beri balasan setimpal dgn kekejaman yg diorang buat :(
Speechless
So sad....
benda haram biasanya memang takkan kekal abadi
sama juga negara haram isra*ell ni
belum cukup 100 thn penubuhannya nnt dah hancur lebur.
aminnn aminnn aminnn
Ya Allah sedih sgt apa yg berlaku pada Palestine
Moga umat Palestin sentiasa di bawah peliharaan Allah swt
sedih melihat negara2 Islam especially Arab tidak bersatu utk membantu Palestine...
Masjid-masjid di tempat saya masih buat doa qunut Nazilah sampai sekarang...ini merupakan usaha terakhir untuk bantu mereka
Sediiih sangat lah kalo dah baca dan lihat ttg penderitaan Orang2 Palestine ini. Jangan pernah berhenti berdoa, dan usahakan untuk terus boikot produk2 zionis ini 😭
malam tadi tak putus mama mimpikan saudara kita di sana siap tlg berjuang utk mereka. semoga allah bagi kemenangan kpd mereka
Catat Ulasan