Isnin, 6 Mei 2024

Belajarlah Setinggi Gunung

Belajarlah Setinggi Gunung..

Bernasib Baik Menggapai Bintang..

Sekalipun Jatuh, Tersangkut Di Awan..


Ilmu Itu Penyuluh Jiwa..

Pencelik Hati..

Pengawal Bicara..


Tuntutlah Ilmu Untuk Akhirat..

Dunia Pasti Menyusul Jua..

Belajar Bukan Untuk Siapa..

Tetapi Untuk Kita..

Empunya Jiwa..


Duhai Anak..

Ibu Ingin Berpesan,

Ibu Tiada Berkarung Berlian..

Untuk Dijadikan Bekalan..

Cukuplah Ilmu, Sebagai Pedoman..

InsyaAllah Menjadi Penyuluh Kehidupan..

Belajarlah Bersungguh-Sungguh..

Bukan Untuk Menjadi Jutawan..

Tetapi Sebagai Tanda Kesyukuran..

Atas Kurniaan Allah Otak Yang 'Tiada Sempadan'..

17 ulasan:

  1. mak-mak mmg satu je harapan moga anak-anak mahu belajar hingga ke mana sekalipun takpe mak cuba usahakan yg penting usaha & kemahuan kan akak..

    BalasPadam
  2. mana habis belajar ni.. hari2 ada je perkara baru yg kita belajar.. kan?

    BalasPadam
  3. Yang penting, jangan berhenti cari ilmu 😊

    BalasPadam
  4. saya suka belajar. inshaAllah jika ada rezeki nak sambung master

    BalasPadam
  5. Moga anak2 kita berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  6. Tapi kalau jadi jutawan, bagus juga....
    hehe

    BalasPadam
  7. belajar bukan utk jadi jutawan tp boleh jadi jutawan dengan belajar...

    BalasPadam
  8. kdg sedih tgk generasi hari ni... belajar tak seberapa tp demand mcm2... haihh nak... kalau laa kamu faham betapa kerasnya kehidupan hari ni nescaya pasti kamu akan berlumba-lumba mencari ilmu...

    BalasPadam
  9. keep on learning. hidup berilmu.

    BalasPadam
  10. jamni buku dh x relevant,. byk info didlm henfon je., huhu

    BalasPadam
  11. Dengan ilmu, kita dapat ubah hidup jadi lebih baik. Insya-Allah. Semoga anak-anak kita bersemangat untuk terus menuntut ilmu.

    BalasPadam
  12. Harap walaupun saya sudah berusiapun semangat untuk tuntut ilmu.

    BalasPadam
  13. Menuntut ilmu sajalah yg tetap selalu dilakukan walo usia sudah senja. Selagi kita hidup, selagi itu juga banyak belajar tentang apapun

    BalasPadam
  14. belajar ilmu ini sepanjang hanyat.. apapun kejarlah ilmu akhirat ..

    BalasPadam