Jumaat, 2 Februari 2024

Hati Mati

🌸 Assalamualaikum semua sahabat..🌸

🌸 Semoga dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.. ameennnn

🌸 TikTok Ldy dah kene padam lagi kali ini, sedih yang amat. Tetapi nak buat macamana memang dah tahu bakal di-delete sebab semua video adalah berkaitan dengan Palestin 🍉. Yang ni TT kedua, insyaAllah akan buat yang seterusnya..

🌸 Sedih untuk tengok satu2 video dan picture mangsa pembunuhan IsR.. tetapi perlu juga tengok untuk create video supaya menjadi salah satu usaha untuk mencelikkan mata2 yang belum nampak dan belum bertindak sama-sama membantu.

🌸 IsR arahkan TT untuk membuang semua video dan lagu yang ada kaitan dengan Palestin 🍉. 

🌸 Tidak mampu untuk perbuat apa2 melainkan membantu yang sekadar keupayaan sendiri.. hati merintih, jasad terasa lemau, air mata hampir kering melihat kekejaman mereka merobek jasad saudara2 kita di sana 🍉.. 

🌸 Kebanyakan dari kita telah berhenti untuk mengupload dan membicarakan tentang Palestin 🍉, barangan yang perlu diboikot pun sudah ramai yang membelinya. 

🌸 Ada di kalangan saudara Ldy sendiri yang tidak rasa apa-apa membeli barangan mereka, semakin rendah harga diberikan semakin berlambak barangan golongan itu dibeli tanpa rasa bersalah. 

🌸 Benarlah kata-kata Set..nNahu.. Orang yang boikot ni nanti akan seperti anjing-anjing yang kembali kepada tuannya apabila lapar. 

🌸 Kawan-kawan satu kolej juga turut memperbodohkan/ membangangkan golongan yang memboikot produk yahood..

🌸 Jika golongan cerdik pandai ini mempunyai strategi yang lain untuk membantu silalah ketengahkan.

🌸 Janganlah memperbodoh dan memperbangangkan usaha golongan kecil yang tidak mampu berbuat apa-apa selain dari boikot dan doa.

🌸 Sebak, sedih dengan mentaliti golongan seperti ini.. 

🌸 Perjuangan dan rasa simpati mereka telah terhenti sedangkan pembunuhan saudara 🍉 kita di sana masih berlaku dengan pesat. 

🌸 Mereka seperti bangga menayangkan tabiat mereka pergi makan secara terbuka di kedai-kedai yang perlu diboikot.

🌸 Tiada kata yang mampu menzahirkan rasa hati.

🌸 Hanya Allah sebaik-baik Penolong.


20 ulasan:

  1. Aamin2... Linda takde TT.. Mmg up dekat fesbuk n IG je...
    Tp mcm biasa lah, kena benam...
    Mampu berdoa je... Semoga Israel kalah sekalah kalahnya... Aamin

    BalasPadam
  2. Linda : Ameeennnnn... semoga Allah makbulkan..

    BalasPadam
  3. Masa ini baru tahu banyak produk sokong Israel.
    Teruskan perjuangan untuk paparkan kesengsaraan rakyat Palestin.
    Hikmah peristiwa ini ramai yang memeluk Islam.

    BalasPadam
  4. Na : InsyaAllah NA.. perjuangan akan diteruskan..

    BalasPadam
  5. Lama dah x scroll tt.. selalu je terleka bila dh bukak tt

    BalasPadam
  6. kak mim : TT melalaikan juga jika terlupa diri ralit tengok video yg mcm2 ade..

    BalasPadam
  7. realitinya (di Msia ni) kisah palestine semakin dilupakan ...dan usaha boikot pun dh semakin suram...dh semakain ramai yg tak boikot, sbb dh terlalu lama sebati dgn produk2 dan jenama tertentu mcm N****e etc... MZ so far masih istiqamah insya Allah...moga2 usaha dan jihad kecil kita akan mendapat ganjaran di sisi Nya...Allahul musta'an

    BalasPadam
  8. mama zharfan : Semoga Allah membantu Palestin.. dan kita semua.. ameeennnn

    BalasPadam
  9. semoga Allah mengampuni dosa2 kita., aminn

    BalasPadam
  10. Semoga kita yg ada kesedaran ni terus kental memboikot. Hanya jihad kecil nj sy yg PH mampu buat selain doa utk saudara kita di sana.

    BalasPadam
  11. puan Hazel : InsyaAllah, ameeennnnnn.. semoga Allah bukakan hati semua untuk terus bersatu berjuang meruntuhkan ekonomi Yahood.

    BalasPadam
  12. Sy dah uninstall social media... cuma kdg buka ig utk berkongsi ttg Palestine... Boikot juga masi cuma ada produk yg kdg terlepas pandang utk beli.. Syukurlah dari dulu sy tak makan mana2 fastfood atau minuman d luar jd nak boikot McD, Starbucks semua tu takda masalah..

    BalasPadam
  13. Sii Nurul : Semoga sebarang usaha kita diberkati Allah.. ameeennnn..

    BalasPadam
  14. Saya selalu share di FB tapi begitulah, asyik kena padam saja. Tapi teruskan saja share perkembangan di sana. Biar dipadam, share lagi yang lain pula.
    Memang rasa tak sanggup menyaksikan ketidakadilan dunia terutama yang buta hati dan butakan mata menyokong setan satu itu. Apa pun hanya mampu berdoa, dan percaya serta yakin dengan janji Allah! In syaa Allah, Free Palestine.

    BalasPadam
  15. SA puasa dari bukak TT..sebabnya risau terjebak shopping lagi..hahahaha..

    BalasPadam
  16. Berdoa senjata mukmin. Mampu berdoa dan boikot sahaja...

    BalasPadam
  17. Insyaallah saya masih boikot produk2 yg memang sokong mereka kak. Apalagi Alhamdulillah ada banyak produk alternatif dari perusahaan lokal di sini, jadi tak masalah pun untuk boikot selalu.

    Hanya ini dan doa yg bisa saya buat soalnya. 😔

    BalasPadam
  18. saya ada acc TT cuma tak aktif je
    Bosan tgk org terkinja-kinja sana sini…
    kalau berilmiah tu tak apa laa juga…

    BalasPadam